
Bye Mas
arini, ari last Mas ngn kiterorg…dia dpt offer kije kt tmpt lain…Isnin ni start la kije kt tmpt baru…/
Untuk Mas, aku nk ucapkan ‘Selamat menempuh pengalaman baru’, InsyaAllah kiterorg akan lebih tabah utk kije kat sini….aminnn…. p/s: jgn lupe kami kat sini….huhuhuhu..sedey lak aku…tak sanggup nk dok atas lelama….pas mkn, kemas bih kurang..aku trus turun….syahdu lak sensorang kat bawah..aku rasa kalau kak izan ada ni…lama dh banjir ppad kat atas dek kerana aku ngn kak izan… waaaaaaaa…..
amanat terakhir MAS…ada 2…satu tuk ICT(Division aku), satu tuk PPAD (ni tuk Dept aku)
——————————
ICT…
To all ICT Staff
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang kewujudan saya di ICT ini bermula daripada 3/4/06-19/10/08. Sekiranya ada yang terkasar bahasa..mengguris hati dan jiwa..minta maaf banyak2.
Terima kasih buat Tn Hj Suhaimi yang memberi peluang dan ruang untuk saya menjadi salah seorg ahli keluarga ICT. Memberi tunjuk ajar pada saya..terlalu banyak ilmu yang dipelajari sepanjang bekerja di bawah pengurusan beliau. Untuk rakan-rakan sekerja yang lain, sesungguhnya kita adalah beruntung mempunyai seorang ketua yang very details dlm stp hal..mengambil tahu apa yang dibuat oleh anak buah…sentiasa mendahului dalam stp perkara…Ni bukannya ayat bodek nk mtk bonus lebih yerk..dh tkder makna bodek2 ni…tapi klu u all semua dpt bonus nanti boley la makan busat..jgn lupa jemput..
Di sini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh staf ICT yang memberikan kerjasama sepanjang saya bertugas di sini.
Saya mendoakan agar kita semua akan semakin berjaya dan semoga Tuhan merahmati.
Selagi kita masih bekerja, amanah kerja perlu dijaga. Setiap individu mempunyai skop kerja masing-masing yang perlu dijaga selagi lafaz taklid sebagai staff syarikat masih dipegang. Tiada konsep Copy n Paste dalam bekerja. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Semoga kita semua mencapai tahap kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan dunia dan akhirat yang hakiki. Semoga anda semua menjadi pekerja yang hebat, ayah yang hebat, ibu yang hebat..yang akan melahirkan anak2 yang hebat yang bakal menjadi pekerja yang hebat seperti anda. Masa bekerja kena bekerja bersungguh-sungguh…Jangan bekerja sambil tidur sambil memegang mouse..itu taktik lama…Bawak sahaja katil dan tilam beserta bantal dan selimut…Tapi kasihanilah ‘sahabat’ di bahu kiri…jari jemari penat merekodkan kes…open case but not close…:) Gurauan sahaja…Takda kot berlaku di opis kita
Bersempena dengan Bulan Syawal ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan samada disengajakan atau tanpa disedari. Sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah dan kerdil yang sering lupa.
Kepada semua pengaturcara di wilayah, saya juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, terkasar bahasa atau terlambat feedback bg sebarang permasalahan yang telah diajukan. Kepada Dayang, Farrah, Yani, Lan, Muaz, Su, Haizad, Rohana, Keirul dan K.Norsiah terima kasih di atas kerjasama yang anda semua berikan. Semoga anda semua lebih sukses.
Kepada Tn Hj Suhaimi, Mida, Thira, Nisa, Epit, Liza, Awi, Kamal, Ijat, Yati, Khalid, Shah, Azman, Din, Zali, Mala, Pejal, Linda, Ila, Am, Harezad, Has, Jai, Kak Izan dan semua pengurus..saya mendoakan anda semua berjaya..3 jabatan di bawah satu payung..bagai aur dengan tebing saling perlu memerlukan.
Masrina Wijee
The 7 Habits of The Most Effective Person By Steven Covey
1. Be proactive. You are responsible for your life. Decide what you should do and get on with it.
2. Begin with the end in mind. Think of how you want to be remembered at your funeral. Use this as a basis for your everyday behavior.
3. Put first things first. Devote more time to what’s important but not necessarily urgent.
4. Think win-win. Have an abundance mentality. Seek solutions that benefit all parties.
5. Seek first to understand, then to be understood. Don’t dive into a conversation. Listen until you truly understand the other person.
6. Synergize. Find ways to cooperate with everyone. Value the differences between people.
7. Sharpen the saw. Continually exercise and renew four elements of your self: physical, mental, emotional/ social, and spiritual.
PPAD
—–
Assalamualaikum.
Special wish to all my friends kat PPAD.
Tenkiu so much pasal susah2 wat kn farewall arini. Sumer nyer sedap2 belaka :).
Sepanjang tempoh dari 3/4/06-10/10/08 ni…selama hayat saya kt PPAD ni..saya nk mintak maap semua salah silap kt korang..Mana yang terkasar bahasa..tertinggi sore..tertengking ker..mna2 yg trasa dihati..mtk maap byk2..Maklumlah..taiko sorg ni mmg garang n cepat naik angin. Kih3. Saya gak nk mtk maap psl kerap mendorong korang semua utk terlibat dalam skandal mengutuk poyo(nama sebenar dirahsiakan) sehingga melibatkan dosa2 yg tk sepatutnya korang ada. Lepas ni kita wat solat taubat ramai2 yerk..Setelah ketiadaan dan pemergiaan saya ni..moga2 buku amalan korang semua akan lebih di kanan..moga2 ‘sahabat yang dibahu kiri’ anda akan dapat rehat dengan aman..merehatkan seketika tangannya yang dh terlalu penat menulis kes-kes aduan di dalam buku amalan di kiri tuh…terlalu banyak kes sehingga terlalu banyak yg belum di close atau perlu di tukar ke status kes tidak sahih atau duplicate case psl ari2 kerap ulang2 citer yg sama
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kat korang semua atas jasa baik anda pada saya selama ni…pertolongan yg anda beri pada saya selama ni…kerjasama yang anda beri pada saya..terima kasih byk2 kerana memberi kebenaran dan kepercayaan untuk saya wat testing sistem2 yg u all develop..memberi kebenaran utk saya buat manual system yg u all develop…memberi kebenaran dan kepercayaan untuk saya bantu dalam sesi latihan…terima kasih byk2 atas semua ni. Sesungguhnya hanya insan2 yang berhati mulia sahaja seperti anda semua yang sanggup memberi peluang ini kepada saya.
Sepanjang ketiadaan k.Izan…saya nk ucapkan terima kasih atas kerjasama yang anda semua bagi…Saya mintak maap sekiranya masih lg terdapat beberapa perkara yang tidak dapat disetelkan (Has- flow BG akk masih tk smpt lg nk redraw..nnti Has update jek yerk based on yg akk wat b4 meting). Mintak maap klu menyusahkan korang semua bila tiap kali nk wat monthly report..trima kasih memberikan maklumat2 yg diperlukan..jgn lokek2..tk merugikan sya pn..sapa yg rugi? Lu piker la sendir…:)
Terima kasih yang tk terhingga juga pada kak izan yg memberi jalan…ruang…cahaya untuk saya wujud di PPAD…mengclearkan skop kije saya..mengizinkan saya membantu dalam kerja2 di PPAD. Sesungguhnya kak izan sangat2 bertuah dianugerahkan dengan anak2 buah yang 99% semuanya baik2 belaka…mendengar cakap..bijak dibawa berunding…boley ditegur..boley diajar dan bukannya kurang ajar..kih3..klu da yang kurang ajar tuh..’jotos’ kan jek sebijik…degil benor…iskh3..Jai expert bab2 jotos ni..pas baton jek kat dia..akekeke
Yang pasti…..Korang semua adalah member yang baik..rakan kerja yang baik…patah tumbuh, hilangkan berganti..tpi yg tumbuh blum pasti sama dengan yg patah..semoga saya diberi peluang untuk mempunyai rakan2 sekerja dan anak2 buah seperti anda di tmpt baru nnti…InsyaAllah. Buat anda semua yang masih ada di PPAD..saya doakan agar anda semua sukses..anda semua adalah orang yang hebat..dilahirkan dengan skill yang hebat..semoga anda akan lebih tabah dan kuat semangat menghadapi hari2 kerja di PPAD…biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu2nya…biarkan..biarkan…
Pesanan terakhir saya…selagi kita masih bekerja…amanah kerja perlu dijaga…Jangan menzalimi sesama rakan sekerja…Hormati skop kerja rakan kerja lain..tidak perlu terlalu tamak..kita bukan seperti anjing dengan bayang2nya…jangan mendabik dada mengatakan diri kita hebat…stp org mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2..saling bantu membantu…selagi kita bekerja..kita saling memerlukan antara satu sama lain..mcm aur dgn tebing….klu tk boley kerja dgn org..baik dok dlm utan geng ngn monyet..tpi rasa2nya monyet pn idup berkumpulan..He3… Pelajari dan fahamilah konsep isi dengan kuku..semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua.
Semoga anda semua sukses…saya mendokan kesejahteraan kita bersama..
Saya sayang anda semua sebagai rakan2 saya yang baik…selagi masih menghirup air bersih berkualiti daripada paip air syabas…selagi itu ingatan saya pada anda tidak akan di delete..kecuali kuar mesej server busy to handle ur request..akekekeke…
Salam,
Masrina Wijee